Berita & Aktiviti Terkini


SUKAN RAKYAT 2018 Anjuran Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Masjid Baru Daro dengan Kerjasama JKKK Kampung Masjid / Jalan Bina Daro dan Saberkas Unit Kg Masjid / Jalan Bina Daro

01 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Sukan Rakyat merupakan sukan yang lebih berkonsepkan budaya dan kesenian sesebuah kaum yang secara tradisinya dimainkan sejak turun temurun. Sukan ini sekiranya tidak dimainkan atau dipertandingkan secara kerap, berkemungkinan akan pupus ditelan zaman. Tarikh 30 September 2018 telah dipilih oleh pihak penganjur untuk memperkenalkan sekaligus membudayakan penganjuran Sukan Rakyat ini kepada warga belia.......... baca seterusnya


Taklimat KDB Dan Advokasi Sempena Program Trasformasi Belia Kawan Ku Sayang Keluarga Ku Kenang (KKSKKK) Anjuran Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia Dan Sukan Sarawak Dan Saberkas Cawangan Daro

29 September 2018 | Aktiviti Terkini

Bermula 28 September sehingga 30 September 2018, pihak Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak dengan kerjasama SABERKAS Cawangan Daro telah menganjurkan satu Program berbentuk Kem iaitu dinamakan sebagai Program Trasformasi Belia Kawan Ku Sayang Keluarga Ku Kenang (KKSKKK)........... baca seterusnya


Program Keusahawanan PI Daro (Bengkel Membuat Roti)

16 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet secara kompeten menganjurkan kursus kusahawanan khasnya kepada penduduk setempat yang berminat memasuki dunia perniagaan. Justeru itu, pada 15 September 2018 yang lepas, telah berlangsungnya satu lagi program keusahawanan iaitu Bengkel Membuat Roti. Pihak PI Daro telah berjaya menjemput seorang tenaga pengajar............ baca seterusnya





Program Jerayawara Bubur Lambuk SABERKAS 2018

1 Jun 2018 | Aktiviti Terkini

Program Jerayawara Bubur Lambuk SABERKAS 2018 merupakan program tahunan anjuran SABERKAS Cawangan Daro. Program yang diadakan pada 31 Mei 2018 bersamaan 14 Ramadhan 1439H dimanfaatkan sepenuhnya untuk melakukan amalan bersedekah di bulan yang mulia ini............. baca seterusnya



Kursus ICT PI Daro sesi April 2018 Bahagian 2

28 April 2018 | Aktiviti Terkini

Kursus ICT PI Daro sesi April 2018 diteruskan lagi untuk bahagian ke-2. Kursus ini yang dilangsungkan selama 6 hari iaitu pada 14, 15, 21, 22, 26 dan 27 April 2018 telah tamat dengan jayanya.............. baca seterusnya


Kursus ICT PI Daro sesi April 2018 Bahagian 1

17 April 2018 | Aktiviti Terkini

Seperti sebelum ini, kursus ICT diteruskan untuk sesi April 2018. Kursus yang sedang dilangsungkan ini dijangka mengambil masa selama 6 hari iaitu pada 14, 15, 21, 22, 26 dan 27 April 2018. Ianya merangkumi modul-modul berkaitan ICT seperti Asas Penyelanggaraan PC, Asas Microsoft Office Word, Excel dan Powerpoint, Pengenalan Internet dan Email serta Taklimat KDB dan Advokasi. Para peserta kursus juga akan didedahkan dan dilatih dengan teknik penyampaian maklumat menggunakan slide dari Powerpoint yang disediakan sendiri oleh mereka.............. baca seterusnya


Pesta Daro 2018

09 April 2018 | Aktiviti Terkini

Tanggal 8 April 2018 yang lepas menyaksikan Pesta Daro 2018 melabuhkan tirai secara rasminya setelah 10 hari yang penuh dengan kemeriahan gerai-gerai jualan, pameran serta perbagai aktiviti yang sangat menarik. Antara aktiviti yang telah dianjurkan adalah pertandingan Autoshow anjuran Saberkas cawangan Daro, pertandingan karaoke dan memasak anjuran Jabatan Penerangan Daerah,,............. baca seterusnya


Safari Memancing Pulau Bruit 2018

26 Mac 2018 | Aktiviti Terkini

Safari Memancing Pulau Bruit 2018 akan berlangsung pada 24 dan 25 Mac depan dan menawarkan hadiah wang tunai mencecah RM10, 940.00 Acara berkenaan atas anjuran Persatuan Graduan Pulau Bruit (PGPB) dengan kerjasama Pusat Khidmat P.206 Tanjung Manis. Pengerusi Pengelola Safari Memancing Pulau Bruit 2018, Raduan Serap,............. baca seterusnya


Kursus ICT PI Daro sesi Mac 2018

14 Mac 2018 | Aktiviti Terkini

Kursus ICT diteruskan untuk sesi Mac 2018 telah dan sedang dilangsungkan, dijangka mengambil masa selama 3 hari iaitu pada 10, 16 dan 17 Mac 2018. Ianya merangkumi modul-modul berkaitan ICT seperti Asas Penyelanggaraan PC, Asas Microsoft Office Word, Excel dan Powerpoint, Pengenalan Internet dan Email serta Taklimat KDB dan Advokasi.............. baca seterusnya


Kelas Kemahiran Menggunakan perisian Sony Vegas

25 Februari 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 24/02/2018, Kelas Kemahiran Menggunakan perisian Sony Vegas telah diadakan di PI Jerijeh. Kelas bermula pada pukul 2.00 petang dan tamat pukul 5.00 petang. Antara yang terlibat ialah staff PI Tanjung Manis, PI Daro, PI Semop, PI Jerijeh dan beberapa orang belia setempat. Kelas ini bertujuan untuk belajar menyunting dan menghasilkan video yang lebih menarik............. baca seterusnya


Program Kesedaran & Latihan Kebakaran

25 Februari 2018 | Aktiviti Terkini

Program Kesedaran & Latihan Kebakaran telah diadakan di PI Jerijeh pada 24 Febuari 2018 dengan kerjasama PI Daro, PI Semop & PI Tanjung Manis serta bantuan JKKK Kg Jerijeh, Pertubuhan NGO Kampung Jerijeh & Peduduk sekitar. Pada Program ini seramai 4 org anggota dari Balai Bomba & Penyelamat Tanjung Manis terlibat dalam menyampaikan Taklimat serta Demontrasi Latihan Kebakaran............ baca seterusnya


Kursus ICT PI Daro sesi Februari 2018

24 Februari 2018 | Aktiviti Terkini

Kursus ICT untuk sesi Februari 2018 telah berjaya dilangsungkan selama 4 hari iaitu pada 10, 11, 18 dan 23 Februari 2018 yang merangkumi modul-modul berkaitan ICT seperti Asas Penyelanggaraan PC, Asas Microsoft Office Word, Excel dan Powerpoint, Pengenalan Internet dan Email serta Taklimat KDB dan Advokasi........... baca seterusnya


Kursus ICT PI Daro sesi Januari 2018

28 Januari 2018 | Aktiviti Terkini

Kursus ICT sesi Januari 2018 yang telah dilangsungkan selama 3 hari iaitu pada 20, 21 dan 27 Januari 2018, merangkumi modul-modul berkaitan ICT seperti Asas Penyelanggaraan PC, Asas Microsoft Office Word, Excel dan Powerpoint, Pengenalan Internet dan Email serta Taklimat KDB dan Advokasi. Para peserta kursus juga didedahkan dan dilatih dengan teknik penyampaian maklumat menggunakan slide........... baca seterusnya


Hari Terbuka PI Daro 2017

31 Disember 2017 | Aktiviti Terkini

Program tahunan anjuran PI Daro telah berjaya dilaksanakan pada 30 Disember 2017 bermula dari pukul 8.00 pagi sehingga pukul 1.00 tengahari di perkarangan PI Daro sendiri. Pelbagai acara menarik telah dilangsungkan pada hari tersebut, antaranya adalah Pertandingan KDB Explorace, Pertandingan Hour of Code, Pertandingan Kiub Rubik, bengkel KDB dan Advokasi serta program Karaoke santai........... baca seterusnya


Kursus Pengurusan Usahawan Atas Talian PI Daro

24 Disember 2017 | Aktiviti Terkini

Kursus ICT yang telah dilangsungkan selama 4 hari iaitu pada 16, 17, 22 dan 23 Disember 2017, merangkumi modul-modul berkaitan ICT seperti Asas Penyelanggaraan PC, Asas Microsoft Office Word, Excel dan Powerpoint, Pengenalan Internet dan Email serta Taklimat KDB dan Advokasi. Para peserta kursus juga didedahkan dan dilatih dengan teknik penyampaian menggunakan slide dari Powerpoint yang disediakan sendiri oleh mereka.......... baca seterusnya


Basic Makeup Class By Green Flowers

03 Disember 2017 | Aktiviti Terkini

Program yang dijayakan pada 2 Disember 2017 adalah hasil usahasama antara pihak pemilik Syarikat Bridal iaitu Green Flowers dan PI Daro. Kelas telah dilangsungkan dari pukul 10 pagi hingga pukul 5 petang bertempat di bilik latihan PI Daro. Program yang disertai seramai 12 orang peserta ini bertujuan memberi pendedahan kepada para peserta berkenaan penggunaan teknik......... baca seterusnya



Sambutan Hari Malaysia Masbina 2017

17 September 2017 | Aktiviti Terkini

Tanggal 16 September bukan lagi asing bagi kita iaitu merupakan tarikh bersejarah Penyatuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak untuk membentuk satu gagasan yang dinamakan MALAYSIA.:........ baca seterusnya



Kursus Pengurusan Usahawan Atas Talian PI Daro

21 Ogos 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Ogos 2017, PI Daro telah menganjurkan Kursus Pengurusan Usahawan Atas Talian Daro yang bertujuan untuk melahirkan usahawan yang lebih efektif dan berdaya saing dengan menggunakan platform pemasaran berkesan alaf 21.:........ baca seterusnya







Lawatan Sambil Belajar TABIKA KEMAS Kg Nangar Daro

12 November 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 11 November 2016, Pusat Internet Daro telah menerima lawatan sambil belajar daripada TABIKA KEMAS Kg Nangar Daro. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan tentang komputer dan teknologi maklumat kepada kanak-kanak.......... baca seterusnya


Bengkel Perkongsian Ilmu : Keterampilan dan Asas Solekan Bersama KARTIKA Andaman

7 November 2016 | Aktiviti Terkini

Bengkel yang berlangsung dengan jayanya pada 6 November 2016, telah disertai seramai 16 orang belia dan surirumah sekitar Daerah Daro. Bengkel ini bertujuan ini ialah untuk memberi pendedahan kepada para peserta berkenaan cara menjaga keterampilan diri serta membuat solekan dengan betul. Kursus ini khas untuk para belia dan suri rumah, terutama yang sedang dan berminat menceburkan diri dalam bidang keusahawanan......... baca seterusnya


Program Gotong-royong Perdana peringkat Daerah Daro

2 Oktober 2016 | Aktiviti Terkini

Program Gotong-royong Perdana peringkat Daerah Daro yang berlangsung pada 1 Oktober 2016 telah dirasmikan oleh YB Safiee bin Haji Ahmad, ADUN N43 Daro mendapat sambutan yang menggalakkan oleh para penduduk kampung Itol. Gotong-royong yang dilaksanakan di kampung Itol tersebut dihadiri lebih 200 orang penduduk kampung Itol, ketua-ketua jabatan, ketua masyarakat dan kaum serta pelajar sekolah SMK TPDPH Normah Daro......... baca seterusnya



Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Daro 2016

1 September 2016 | Aktiviti Terkini

Sempena Hari Kebangsaan yang ke-59 pada tanggal 31 Ogos 2016 yang lepas, Pejabat Daerah Daro dengan kerjasama Jabatan-jabatan Kerajaan, Swasta, NGO dan Jawatankuasa Kampung, telah menjayakan sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Daro bermula pada 27 Ogos 2016 sehingga 31 Ogos 2016. Pelbagai pertandingan dan acara yang menarik telah dan masih lagi berlangsung sempena sambutan hari yang bersejarah ini di Daerah Daro. ... baca seterusnya


Hari Bersama Komuniti Pusat Internet (PI) Daro

21 Mac 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Mac 2016, Pusat Internet Daro telah mengadakan satu program yang dinamakan “Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Daro” yang bertempat di perkarangan PI Daro sendiri. Program yang sederhana ini telah mendapat sambutan yang .... baca seterusnya





Taklimat Klik Dengan Bijak di Pusat Internet Daro

10 Januari 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Januari 2016 yang lalu, Pusat Internet (PI) Semop telah mengadakan Taklimat Klik Dengan Bijak yang bertempat di Bilik Belajar Pusat Internet Daro dari jam 9:00 pagi – 1.00 Petang. Taklimat ini telah di anjurkan oleh PI Daro bagi .... baca seterusnya


Seminar KDB SK Agama Sibu

29 September 2015 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet (PI) Kg. Bandong, Sibu dengan kerjasama PI Bawang Assan telah menganjurkan Seminar Klik Dengan Bijak selama 2 jam setengah iaitu pada 28 September 2015 bermula jam 9.00 pagi sehingga 11.30 pagi. Seminar tersebut diadakan di dalam Dewan Sekolah Kebangsaan Agama Sibu. PI Daro bersama-sama PI Semop dan PI Spaoh telah dijemput untuk bersama-sama menjayakan program ini .... baca seterusnya


Jelajah Klik dengan Bijak (KDB) 2015 Tingkatan 1 SMK TPDPHN Daro

3 September 2015 | Aktiviti Terkini

Pada 1 dan 2 September 2015, Pusat Internet (PI) Daro dengan kerjasama PI Kg. Bandong, PI Semop dan PI Bawang Assan telah menganjurkan Program Jelajah KDB bermula jam 3.30 petang hingga jam 5:00 petang bertempat di surau SMK Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Normah Daro. Program yang dijalankan untuk dua hari tersebut telah dihadiri seramai 236 pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 dari 9 kelas iaitu 1A sehingga 1I. Pihak sekolah dan PI telah bersetuju untuk membahagikan pelajar kepada 2 bahagian iaitu kelas 1A sehingga 1E dijadualkan pada hari pertama seramai 136 orang pelajar dan kelas 1F hingga 1I pada hari kedua seramai 100 orang pelajar .... baca seterusnya


Jelajah Klik dengan Bijak (KDB) 2015 SK Camporan Daro

18 Ogos 2015| Aktiviti Terkini

17 Ogos 2015 merupakan tarikh permulaan program jelajah Klik Dengan Bijak (KDB) anjuran PI Daro untuk tahun 2015. SK Camporan Daro adalah destinasi pertama yang mana melibatkan pelajar tahun 5 dan diikuti oleh pelajar tahun 4 pada hari berikutnya .... baca seterusnya



Pesta Pulau Bruit 2015

4 Mei 2015| Aktiviti Terkini

Pesta Pulau Bruit telah diadakan pada tarikh 1 Mei 2015 sehingga 3 Mei 2015 bertempat di Padang Bola Sepak Kampung Betanak. Program yang dijalankan secara tahunan tersebut diadakan khas untuk meraikan penduduk sekitar Pulau Bruit .... baca seterusnya




Kursus Asas Keusahawanan PI Daro (Guide for Business Online – Lesen Perniagaan)

29 Januari 2015| Aktiviti Terkini

Menjalankan perniagaan terutama secara atas talian amat terdedah kepada kes penipuan. Salah satu cara untuk mengurangkan kes-kes seperti ini adalah dengan mendaftar perniagaan. Dengan mendaftar perniagaan, pihak berkuasa dapat mengesan dan mengenal pasti sekiranya ada peniaga yang melakukan penipuan. Lebih-lebih lagi. kerajaan juga seringkali menegaskan agar para usawahan siber untuk mendaftar perniagaan mereka. Tindakan yang sewajarkan akan diambil sekiranya para peniaga atas talian gagal untuk mendaftar perniagaan mereka .... baca seterusnya



Pertandingan Sepanduk Dan Perarakan Sempena Mualidur Rasul 1436H Peringkat Daerah Daro 2015

4 Januari 2015| Aktiviti Terkini

Pada 3 Januari 2015, Pejabat Daerah Daro dengan Kerjasama Jabatan Agama Islam Daro telah menganjurkan Pertandingan Sepanduk dan Perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul 1436 Hijrah peringkat Daerah Daro untuk tahun 2015. Majlis perasmiannya dan penyampaian hadiah telah diadakan di Masjid Tunku Abdul Rahman Daro oleh ADUN N37 Daro, En. Murni bin Suhaili. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Tuan Pegawai Daerah Daro, Encik Abang Muhamad bin Abang Turkey .... baca seterusnya