dikendalikan oleh TM
MCMC
PI1M
Daro, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai Pi1M
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim Pi1M
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kursus Asas Keusahawanan PI1M Daro (Guide for Business Online – Lesen Perniagaan)

29 Januari 2015| Aktiviti Terkini

Menjalankan perniagaan terutama secara atas talian amat terdedah kepada kes penipuan. Salah satu cara untuk mengurangkan kes-kes seperti ini adalah dengan mendaftar perniagaan. Dengan mendaftar perniagaan, pihak berkuasa dapat mengesan dan mengenal pasti sekiranya ada peniaga yang melakukan penipuan. Lebih-lebih lagi. kerajaan juga seringkali menegaskan agar para usawahan siber untuk mendaftar perniagaan mereka. Tindakan yang sewajarkan akan diambil sekiranya para peniaga atas talian gagal untuk mendaftar perniagaan mereka. Justeru itu, bagi menyahut seruan kerajaan, pihak PI1M mengambil inisiatif untuk menganjurkan seminar mini khasnya untuk para usahawan yang belum mendaftar perniagaan mereka. Penceramah jemputan dari Pejabat Daerah Daro di bahagian Perlesenan telah dijemput khas bagi memberi penerangan terperinci mengenai langkah-langkah yang betul untuk memohon lesen perniagaan yang sah. Seminar yang telah diadakan pada 28 Januari 2015 tersebut telah dihadiri oleh seramai 16 orang peserta yang terdiri daripada pemilik-pemilik perniagaan dan usahawan yang belum berdaftar yang berminat menceburi bidang perniagaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2016 Semua Hakcipta Terpelihara.